Bayer Kiltix Racun Serangga Relang Leher (L) (45.0gm / 70.0cm H)

Bayer Kiltix Racun Serangga Relang Leher (L) (45.0gm / 70.0cm H)

RM54.00

18 in stock

Compare
SKU: 4500821092450 Category: Tag:

Share this product

Untuk kegunaan anjing sahaja
Kiltix M – untuk berat badan 10-25kg, panjang 53cm
Kiltix L – untuk berat badan melebihi 25kg atau keatas, panjang 70cm

Untuk mengawal Sengkenit (Rhipicephalus Sanguineus) dan Pinjal (Ctenocephalides Canis, C. Felis) pada anjing

Kiltix ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan ‘carbamate’ dan ‘pyrethroid’. Ia berkesan mengawal sengkenit dan pinjal pada anjing.

ATURAN PENGGUNAAN: Penggunaan tidak mengikut label adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

Buka bungkusan yang mengandungi relang leher dengan memberi kelonggaran tiga hari supaya anjing tidak tercekik. Relang leher ini mesti dipakai secara berterusan.

Keberkesanan pada sengkenit dan pinjal mula 24 jam selepas relang leher ini dipakai sehingga 6 hingga 7 bulan. Pergerakan anjing akan menyebabkan perawis aktif dikeluarkan pada relang leher. Tempoh keberkesanan relang leher bergantung kepada ciri-ciri bulu anjing, aktiviti anjing dan populasi serangga sengkenit dan pinjal di sekeliling anjing.

AWAS:
a)
Bahaya kepada Manusia – Berbahaya jika tertelan. Elakkan daripada terhidu debu. Elakkan daripada terkena kulit atau mata. Ketika menggunakan produk ini, JANGAN makan, minum, atau merokok. Kiltix disyorkan untuk penggunaan pada anjing sahaja. Selepas relang leher dipasang, cuci tangan dengan sabun dan air. JANGAN biarkan kanak-kanak main dengan relang leher. Kanak-kanak harus dielakkan daripada menyentuh anjing yang memakai relang leher. Jauhkan relang leher daripada makanan dan minuman. JANGAN gunakan relang leher ini daripada anjing yang sakit atau ada penyakit kulit yang ketara. Elak dari menggunakanracun serangga lain semasa relangini dipasang pada anjing. Relang leher tidak boleh dihisap atau dikunyah, terutama kanak-kanak. Kepada sesiapa yang mempunyai alahan kepada perawis aktif propoxur dan flumethrin harus mengelakkan diri dari tersentuh produk veterinar ini.
b)
Bahaya kepada Alam Sekitar – Produk ini adalah berbahaya pada organisma aquatik, burung dan lebah. JANGAN biarkan anjing yang memakai relang berenang di saliran air yang mempunyai organisma aquatik. JANGAN cemarkan sungai, reservoir, saliran air, empangan, dan punca air yang lain dengan produk yang tidak digunakan. Produk yang tidak digunakan, bahan buangan, dan bekas racun hendaklah dilupuskan dengan selamat mengikut peraturan dan tempatan. JANGAN guna semula bekas racun.

TANDA KERACUNAN: Berpeluh, pening, sakit kepala, lemah, mual, pandangan kabur, otot menyentak, besar ludah, sesak dada dan kejang abdomen. Produk ini mengandungi ‘carbamate’. Jika ada tanda sakit, dapatkan rawatan perubahan.

RAWATAN KECEMASAN: Jika terkena pada kulit basuh dangan menggunakan sabun dan air. Jika terkena pada mata, bersihkan dengan menggunakan sabun dan air. Jika terkena pada mata, bersihkan dengan menggunakan sabun dan air. Jika terkena pada mata, bersihkan dengan menggunakan air bersih yang banyak selama sekurang-kurangnya 15 minit. Jika tertelan, JANGAN ikhtiar pesakit itu muntah. Dapatkan rawatan perubatan percubaan dengan jenis perangsang system saraf.

RAWATAN PERUBATAN: Suntikkan Atropina sulfat (2-4mg) secara intravena atau intraotot dan jika perlu ulang setiap 30 minit sehingga pesakit itu pulih dengan sepenuhnya. JANGAN beri oksim seperti 2 PAM, barbiturat dan semua jenis perangsang sistem saraf pusat.

MEDICAL TREATMENT: Inject Atropine sulphate (2-4mg) intravenously or intramuscularly and repeat if necessary every 30 minutes until patient recovers completely. Do not administer oxime such as 2 PAM, barbiturates and other central nervous system stimulants.

BILAS BEKAS KOSONG TIGA (3) KALI SEBELUM MELUPUSKANNYA. JANGAN GUNAKAN BEKAS RACUN UNTUK MENYIMPAN MAKANAN.

Additional information

Weight 0.064 kg
Dimensions 2.4 × 12.2 × 12.2 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bayer Kiltix Racun Serangga Relang Leher (L) (45.0gm / 70.0cm H)”

Your email address will not be published.